JAMUAN HARI PERPISAHAN PRASEKOLAH ANJURAN WARIS PRASEKOLAH SK INTAN PERDANA

WARIS prasekolah SK Intan Perdana telah menganjurkan majlis perpisahan murid-murid prasekolah pada 19 November 2015 iaitu pada hari khamis. Majlis bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Dianggarkan kira-kira 60 orang tetamu jemputan yang menghadiri majlis tersebut.

Murid-murid excited Nampak banyak makanan, kek dan hadiah-hadiah. Pasangkan upin ipin pun dah tak layan dah. kihkihkih !

Ada cabutan bertuah kepada yang bertuah, kihkihkih !

Nasi hujan panas, ayam masak merah, kari daging, acar timun, soto daging, kek dan kuih muih antara menu yang ada. Menu adalah sumbangan daripada WARIS yang memang sangat sporting.

Antara WARIS yang hadir. Jutaan terima kasih pada WARIS yang menjayakan program ini.

Kak Ina selaku wakil WARIS menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada guru penyelaras prasekolah SK Intan Perdana, Cikgu Salniza Abd Manap. Majlis berakhir pada pukul 12 tengahari.

MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR CIKGU HAMZAH BIN JANTAN

20 November 2015 (Jumaat) adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2015. Pada hari tersebut turut diadakan majlis persaraan guru besar iaitu cikgu Hamzah bin Jantan.

Amik gambar bersama buat kali terakhir untuk tahun 2015 bersama guru besar cemerlang SK. Intan Perdana

Majlis persaraan guru besar diadakan di dewan besar SMK Intan Perdana. Guru Besar bersama isteri tersayang diiringi oleh 3 flower girls dan 1 flower boy yang comel diimport khas dari prasekolah.

Turut menyerikan majlis persembahanan lagu dari anak didik cikgu Md. Noor ditujukan khas buat cikgu Hamzah bin Jantan.

Penyampaian hadiah kenangan kepada cikgu Hamzah dari prasekolah, disampaikan oleh Iman Adrina dan Nik Anis Fathiyyah wakil dari prasekolah berlian dan delima.

Turut diserikan dengan kehadiran geng-geng rider moto besar. Siap menyanyi lagu awie. kihkihkih ! Mereka dating beramai-ramai tapi sempat snap yang ini saje.

Tetiba last minit, YB Don muncul. :D

Kesedihan dirasai oleh semua warga SK Intan Perdana di atas persaraan Cikgu Hamzah. Semoga GB ceria selalu !

HARI GRADUASI SK INTAN PERDANA 2015

Sambutan hari graduasi telah diadakan pada 18 November 2015 bersamaan dengan hari rabu di dewan besar SMK Intan Perdana.

Murid-murid berkumpul ditapak perhimpunan dan berarak bersama-sama guru-guru dan PPM ke dewan besar pada pukul 8.30 pagi.

Masing-masing excited nak naik pentas ambik sijil tamat prasekolah.

Semoga menjadi insan yang berguna dewasa kelak. Amin !

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK INTAN PERDANA

Sambutan hari kanak-kanak SK Intan Perdana telah diadakan pada 12 November 2015 iaitu hari Khamis. Prasekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna dan pertandingan fesyen tema kerjaya.

Antara kerjaya yang dipilih ialah tentera, pemandu kapal terbang, ahli bomba, cikgu, ustazah, penari dan kerani. Sambutan sangat menggalakkan. Dari kiri, Qaisara, Hakim, Balqis, Nina, Aisyah, Ezzany, Dania dan Fikri.

Pandai posing ! Comel dan bergaya. Semoga menjadi orang yang berguna kelak. Amin..

HARI KO-KURIKULUM SK. INTAN PERDANA

Pada 8 November 2015 (Ahad) yang lalu, SK Intan Perdana telah mengadakan Hari Ko-Kurikulum dengan jayanya. Prasekolah (Mar, Ina, Cikgu Ayu dan Cikgu Salniza) dan kakak-kakak ofis (Kak Oja, kak Ros, Kak Aza dan Fiza) telah bergabung berkerjasama melaksanakan menu nasi rendang ayam dan air sirap/oren. Hari Sabtu, kami merewang bersama-sama dari jam 10 pagi hingga jam 9 malam.

Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Nasi Putih + rendang ayam & air sirap/oren berharga RM4 sahaja. Murah dan sangat berbaloi. Paling lambat set up meja, tapi paling cepat habis. hehehe!

Jualan dah habis licin, maka bermulalah pengiraan keuntungan hasil jualan nasi rendang tersebut. Berbekalkan modal kira-kira RM270, keuntungan kami dianggarkan kira-kira RM400 selepas ditolak modal. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek nasi rendang yo!

prasekolahskip.blogspot.com